Perkhidmatan Terbaik di Kelantan!

Kereta Baru, Bersih Dan Mantap!

Perodua MYVI 1.5 Gear UP Baharu

Pilihan Terlaris diminati ramai. Juga terdapat model lain seperti Axia, Saga, Bezza dan Alza

Pelbagai pilihan Kenderaan Mewah

Toyota Vellfire, Hyndai Starex, Toyota Estima, Volkswagen Golf

Kenderaan untuk Majlis Kenduri, Perkahwinan dan VVIP

Besar dan boleh Muat Ramai. Perkhidmatan bertaraf 5 Bintang. Toyota Hiace, Nissan Urvan, Hyundai Starex dan Pelbagai MPV.

Tuesday, 18 July 2017

Cara Nak Booking Kereta Sewa di Tanah Merah Kelantan


Masih mencari Kereta Sewa Murah di Tanah Merah, Pasir Mas atau Kota Bharu Kelantan? sekiranya anda yang mencari Kereta Sewa Murah di Kota Bharu boleh booking kereta sewa dengan syarikat Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd kerana semua kereta yang disediakan baru.

Kereta Sewa Starex Murah di Kota Bharu Kelantan

Nak pergi bercuti dengan keluarga di Kelantan? Nak kereta sewa besar dan mewah di Kota Bharu? boleh sewa Starex dengan harga berpatutan. Baru nampak bergaya nak bercuti di Kelantan pon selesa sebab kereta besar.



Kereta Sewa Myvi Murah di Kota Bharu Kelantan


Kereta Sewa Vellfire Murah di Kota Bharu Kelantan


Kereta sewa dah selesa dan Mewah tapi tak tahu nak pergi bercuti dekat mana? ok saya senaraikan beberapa Tempat Menarik di KELANTAN yang mesti kena pergi kalau dah sampai di Kota Bharu


10 Tempat Menarik di Kelantan 

1. Pasar Siti Khadijah
2. Wakaf Che yeh
3. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
4. Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
5. Bazar Buloh Kubu
6. KB Mall
7. Bazar Tok Guru
8. Pantai Cahaya Bulan
9. Pantai Melawi
10. Tok Bali

Itu antara tempat makan yang best di Kota Bharu dan juga tempat menarik untuk di lawati di Kelantan. Sekiranya anda nak sewa mpv bajet di  Tanah Merah atau Pasir Mas Kelantan anda boleh sewa produa Alza Auto dengan harga serendah 180/Sehari. kalau ambil banyak hari harga boleh kawtim lagi tu


Cara Nak Booking Kereta Sewa Murah di Tanah Merah atau Pasir Mas Kelantan
 Untuk booking Kereta Sewa Murah di Kelantan boleh Call/Whatsapp 016 7507788 atau boleh lawati Disini Senarai Kereta Dan Tempahan

Thursday, 6 July 2017

Tahukah Anda Simbol Amaran “E” Bukan Bermaksud Minyak Kereta Habis? - Kereta Sewa Johor Bahru


Kalau kita bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kita pun mesti tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.

Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah:

1) Tangki kenderaan kita sebenarnya mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 50-60 km.

2) Satu lagi nak habak, E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3) Kalau Aircond kereta dimatikan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

4) Dan tambahan 10 km lagi jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.


5) Jika perlu gunakan google map di telefon anda untuk mendapatkan lokasi stesen minyak yg terdekat.
 
Perkongsian berguna ini kami dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu,  Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib . Jangan panik jika simbol E menyala, yang penting, anda harus tahu kempat-empat perkara itu dan pasti kita sebenarnya boleh bergerak sejauh sehingga 60-80km utk mencari stesen petrol berhampiran.

Sekiranya kereta anda mati ditengah jalan, jangan panik bolehlah hubungi pihak insuran untuk menghantar bantuan towing truck ke stesen petrol terdekat. Biasanya 50km pertama adalah percuma.

Jika memerlukan kereta sewa Tanah Merah Kelantan, hubungi kami 0167507788 atau layari www.keretasewatanahmerah.com


Monday, 3 July 2017

Harga sewa Perodua Axia di Kereta Sewa Tanah Merah - Kereta Sewa Kelantan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Ini senarai harga kereta sewa untuk model Perodua Axia. Mesti korang semua nak kereta sewa murah dan baru kan?

Perodua Axia




Bahagian dalam kereta


Rate sewa:

RM 120 sehari
RM 650 seminggu
RM 1800 sebulan

Harga kami standard dan boleh check melalui SINI untuk model-model kereta yang lain. Tempah online sekarang untuk dapatkan diskaun seperti harga di atas!

Hubungi kami sekarang di 016 750 7788 untuk tempahan.

LAGENDA KERETA JEPUN 90-an | KERETA SEWA TANAH MERAH

Kereta Jepun telah lama menempatkan nama dalam kalangan peminat automotif tanah air. Adaptasi jenama tempatan seperti Proton dan Perodua terhadap industri automotif adalah pada mulanya berasaskan jenama-jenama kereta Jepun seperti Honda, Nissan, Mitsubishi, Mazda. Acap kali kita melihat merasa rupa bentuk kereta tempatan hampir sama dengan beberapa model buatan Jepun.

Kereta Jepun dipasarkan secara meluas di Asia Tenggara dan mendapat sambutan yang hangat oleh kebanyakan peangguna. Faktor utama adalah kerana kereta buatan Jepun sangat praktikal dan mudah dipandu bagi jalan raya di negara-negara ini, dan jauh lebih murah serta berkualiti berbanding jenama Eropah seperti Volvo, Fiat, Mercedes dan Volkswagen.

Tanpa diduga sekitar tahun 90-an, jenama automotif Jepun menjadi lebih masyhur dari segi prestasi enjin dan kualitinya, dan telah memenangi pelbagai perlumbaan di peringkat dunia. Ramai daripada kita yang masih percaya bahawa tahun 90-an merupakan zaman kegemilangan industri automotif Jepun.

Jom kita mengimbas kembali beberapa model kereta Jepun yang dianggap sebagai lagenda industri automotif yang mungkin anda juga pernah memilikinya. - Credit Media Kereta Sewa Johor Bahru

NISSAN SKYLINE GT-R (R-34)

MAZDA RX-7 FD

HONDA NSX

 SUBARU IMPREZA 22B STI

TOYOTA SUPRA

NISSAN SILVIA S14 (200SX)

NISSAN SKYLINE GT-R (R32)

MITSUBISHI LANCER 

EVOLUTION IV

MAZDA MX-5 (NA) MARK I

HONDA CIVIC

 

 

 

 

 

 

 

 




Saturday, 1 July 2017

Hyundai Starex Royale Untuk Disewa | Kereta Sewa Kelantan




 Terkini keretasewatanahmerah.com telah melancarkan versi facelift (dipertingkatkan dari segi rupa dan kosmetik) Hyundai Grand Starex Royale 2017. Ia menawarkan lebih kemewahan dan ciri-ciri praktikal, menjadikannya sebuah kenderaan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk urusan mesyuarat dan perniagaan.


Kerusi Swivel di barisan kedua merupakan pilihan tepat untuk urusan mesyuarat atau perbincangan perniagaan secara bersemuka. Barisan ketiga pula merupakan kerusi sliding dan kerusi tengahnya boleh diturunkan menjadi perehat tangan (armrest) untuk lebih ruang dan keselesaan.





Hyundai Starex adalah salah sebuah kenderaan buatan Korea yang sangat popular di sana. MPV sewa ini mempunyai 11 tempat duduk.

Kawalan penghawa dingin secara berasingan bahagian pemandu dan belakang. Ruang tempat duduk yang selesa dan luas.

Kerusi swivel berputar arah dengan padanan sarung kulit Nappa menyerlahkan lagi fungsi ekslusif Kereta Sewa Starex ini. Kerusi di barisan kedua ini memudahkan sebarang mesyuarat dijalankan.

Dengan pelbagai fungsi-fungsi yang sangat praktikal Kereta Sewa Starex sangat sesuai untuk disewa untuk kegunaan perseorangan, keluarga ataupun korporat.


Kadar sewaan MPV sewa ini boleh dicapai dengan klik "Hyundai Starex Sewa".

Untuk menyewa MPV Starex boleh hubungi 0167507788

Friday, 30 June 2017

Kereta Sewa Tanah Merah



SUSAH DAN PENING NAK CARI KERETA SEWA DI KELANTAN?
.
.
KERETA SEWA TANAH MERAH BOLEH MEMBANTU ANDA DAPATKAN KERETA SEWA DENGAN MUDAH, MURAH DAN TAK MEMENINGKAN KEPALA!


.
================================
KENAPA PERLU PILIH KAMI?
================================
.


Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yg tip top dari segi kondisi kereta, keselesaan, kebersihan, keselamatan dan prestasi kereta yg mantap.
Diantara kelebihan kami adalah:
.
[+] PENGHANTARAN – Team kami boleh menghantar kereta sewa kemana sahaja mengikut lokasi yg diminta oleh pelanggan. Anda tak perlu pening kepala nak cari kami.
.
[+] BERSIH - Kereta dicuci sehingga bersih dan wangi sebelum diserahkan kepada pelanggan. Dijamin anda akan berasa tenang sepanjang pemanduan di Kelantan nanti.
.
[+] MANTAP – Kereta diselenggara mengikut jadual yg ditetapkan.Anda tak perlu risau kereta tiba-tiba breakdown di tepi jalan.
.
[+] SELESA – Team terlatih dengan layanan yg mesra & friendly 😊Pastinya anda tidak akan berasa kekok berurusan dengan kami.
.
[+] PELBAGAI JENIS – Pelbagai model kereta kami sediakan utk pilihan dan keperluan anda. Senang untuk anda rancang penggunaan kenderaan di Kelantan nanti.
.
[+] 24/7 CUSTOMER SERVIS - Sekiranya berlaku juga sebarang perkara yg tidak diingini, anda boleh hubungi call center kami di talian +6016-7507788. Towing 24 jam disediakan.
.
[+] KUPON DISKAUN – Khas utk pelanggan yang setia, kami akan berikan anda KUPON DISKAUN bagi menikmati diskaun hebat utk sewaan yg seterusnya. Lebih banyak penjimatan untuk wang anda.
.


.
BERMINAT UNTUK MENEMPAH?
.
📱Call/Whatsapp 016-750 7788
📱Call/Whatsapp 016-750 7788
📱Call/Whatsapp 016-750 7788
.
p/s: SHARE dan TAG nama rakan anda yang perlukan kereta sewa di KELANTAN di bawah ni untuk bantu mereka yang sedang pening mencari kereta sewa.
.
Kereta Sewa Tanah Merah | Kereta Sewa Kelantan
.
🚗 Kereta Sewa Van Sewa Tanah Merah
📞 0167507788
📺 www.keretasewatanahmerah.com
🏠 Lokasi bersebelahan Shell Belimbing dan Sekolah Belimbing Tanah Merah
🚒 List Kereta dan harga seperti di website Atas
.
#keretasewakelantan
#keretasewamurahkelantan
#vansewakelantan
#vansewamurah

Tips membeli kereta

Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.
Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).
Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.
1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah
Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.
Perodua Axia Harga paling murah : RM 24,000Bulanan : RM240 (9 tahun)
Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang paling berbaloi untuk dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan menjimatkan minyak. Di laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 21.5 km untuk setiap liter minyak. Namun menurut beberapa pengguna Axia, kereta ini bergerak sejauh 17 km - 18 km bagi setiap liter.
Proton Saga Harga paling murah : RM 33,243Bulanan : RM350 (9 tahun)
Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di Malaysia. Kereta ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km - 16 km bagi setiap liter minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta yang mempunyai ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.
2 - Bagi RM2,000 - RM3,000
Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya : 
Perodua Myvi Harga paling murah : RM 40,862Bulanan : RM 419 (9 tahun)
Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini, sudah semestinya kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos 'maintainance'. Selain itu, Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.
Proton Iriz Harga paling murah : RM 41,077Bulanan : RM 446 (9 tahun)
Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari pesaingnya, iaitu Myvi adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ruang dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan minyak, pengguna melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap liter.
Nissan Almera Harga paling murah : RM 64,960Bulanan : RM 667 (9 tahun)
Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta yang banyak dilihat di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini boleh bergerak sejauh 13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis paling tidak menggemari tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. Mungkin Nissan boleh membaikinya pada model seterusnya.
Proton Preve Harga paling murah : RM 55,686Bulanan : RM 579 (9 tahun)
Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton Persona. Namun model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan enjin CVT iaitu teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.
Perodua Alza Harga paling murah : RM 50,702Bulanan : RM 520 (9 tahun)
Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua Alza. Dengan kekuatan enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh 12.5km bagi setiap liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang berkata enjin yang dimasukkan 'tidak padan' dengan kereta ini.
Proton Exora Harga paling murah : RM 53,797Bulanan : RM 558 (9 tahun)
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.
3 - Bagi RM3,000 - RM4,000
Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.
Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah :
Honda City Harga paling murah : RM 74,007Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
Honda City kini menjadi kereta yang paling 'panas' di Malaysia. Ini kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri yang tidak boleh didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti contoh fungsi Push to Start.
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
Mazda 2 (skyactiv) Harga paling murah : RM 85, 470Bulanan : RM 887 (9 tahun)
Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin Skyactiv yang dikatakan sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. Wow. Dan bagi 100 km, kereta ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 10.00). Wow. 
Honda Jazz Harga paling murah : RM 69, 566Bulanan : RM 722
Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta yang disifatkan sangat se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut mempunyai 'resale value' yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan kereta ini boleh bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih jimat berbanding Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 masih lagi menang.
Toyota Vios Harga paling murah : RM72, 459Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa menang dari segi keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan Raja Kereta kerana ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta ini boleh bergerak sejauh 10km untuk seliter minyak.
Suzuki Swift Harga paling murah : RM 65,888Bulanan : RM 684
Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut menjadi pilihan anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang rata-rata gemarkan bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan besar, keluasan dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. Bedasarkan reviu pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap liter.
Nissan Grand Livina Harga paling murah : RM 86,893Bulanan : RM 902
Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa anda. Kini Grand Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain itu, kereta ini juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh kerana menjimatkan minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, sebaliknya. 
Volkswagen Polo (sedan) Harga paling murah : RM 91,888Bulanan : RM 999 (7 tahun)
Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai sedangkan harganya lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini sedang menawarkan 0% interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna pengguna cuma perlu membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk merasai pengalaman memandu sebuah kereta 'continential'.
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli.
**Reviu-reviu dari pengguna diambil dari laman web carbase.my
--------------------------------------------------------------
Nak sewa kereta!!!!
Hubungi
Helpdesk 016 750 7788
Website www.keretasewatanahmerah.com

www.keretasewatanahmerah.com
Kereta Sewa Tanah Merah Kelantan