Perkhidmatan Terbaik di Kelantan!

Kereta Baru, Bersih Dan Mantap!

Perodua MYVI 1.5 Gear UP Baharu

Pilihan Terlaris diminati ramai. Juga terdapat model lain seperti Axia, Saga, Bezza dan Alza

Pelbagai pilihan Kenderaan Mewah

Toyota Vellfire, Hyndai Starex, Toyota Estima, Volkswagen Golf

Kenderaan untuk Majlis Kenduri, Perkahwinan dan VVIP

Besar dan boleh Muat Ramai. Perkhidmatan bertaraf 5 Bintang. Toyota Hiace, Nissan Urvan, Hyundai Starex dan Pelbagai MPV.

Tuesday 29 March 2016

Pelaburan Kereta Sewa


MENCARI INVESTOR & PEMAJAK KERETA SEWA
========================================
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nama saya Rahim dan merupakan salah seorang pengusaha kereta sewa di Tanah Merah  Kelantan. Alhamdulillah. Syukur kerana permintaan kereta sewa yang semakin meningkat.

Situasi ini menyebabkan kami terpaksa membuat order dengan pengusaha kereta sewa yang lain untuk menampung lambakan permintaan kereta sewa yang kami terima.

Oleh itu, selaras dengan perkembangan syarikat bagi menampung permintaan kereta sewa ini kami berminat untuk membuka peluang kepada rakan-rakan, sahabat, saudara, & kenalan untuk menjana pendapatan pasif melalui kereta sewa bersama Kereta Sewa Tanah Merah dengan menjadi investor kami.

========================================

Di bawah, sedikit penerangan mengenai tawaran tersebut.

Peluang yang kami tawarkan ada dua jenis:

1. Konsep Sambung Bayar

Kereta yg sedia ada.
sudah tidak mampu untuk membayar atau menjaga.
Kami akan cover semua kos bulan sperti installment,maintenance, insurans,roadtax dan lain - lain.
Tiada penmbahagian untung melalui jualan setiap bulan.
100% keuntungan milik Pengusaha kereta sewa.

Syarat - syarat Sambung bayar.
Kondisi kereta tip-top.
Umur kereta tidak lebih 4 tahun.
Owner harus tahu kereta tujuan untuk disewakan.
Tiada kemalangan atau kerosakan major.

2. Konsep Pajak Kereta

Pelabur yang berminat perlu mengeluarkan KERETA BARU dan pajak kepada kami dengan pembahagian keuntungan melalui jualan sebanyak 60% : 40% .

Pembahagian keuntungan 40% kepada pemajak/pelabur kereta dan pengusaha kereta sewa mendapat 60%.

contoh kiraan dengan mengambil kereta MYVI 1.3 :

kita andaikan sebiji MYVI

(A) Jualan atau Sales untuk bulan October 2014 = RM1900

(B) kos sebiji MYVI untuk 1 bulan
Installment Bank = RM600
Maintenance =rm200
Insurance & RoadTax = RM100
Total Kos = RM900

(C) Cara mengira keuntungan

JUALAN - KOS = UNTUNG    /    SALE - COST = PROFIT

Jadi,

(A) - (B) = (C)

RM1900 - RM900 = RM1000

(D) Cara mengira pembahagian 60:40 dari UNTUNG

60% x (C) = kepada Pengusaha kereta sewa (RM)
40% x (C) = Kepada Pemajak / Pelabur (RM)

60% x RM1000 = RM600
40% x RM1000 = RM400

andai ada 5 biji kereta MYVI dengan purata setiap jualan kereta sama RM1900

RM400 x 5 MYVI = RM2000 (Pendapatan Pasif kepada Pemajak / Pelabur setiap bulan)

Anda boleh melabur dengan kami melalui kereta-kereta baru ataupun boleh juga memberi kami kereta sambung bayar yang mana kereta yang telah lama tertunggak, tak sempat nak bayar ataupun sekadar untuk mengurangkan komitmen diri dan sebagainya.

Kereta sewa yang kami perlukan adalah seperti berikut:

1. Perodua Axia
2. Perodua Myvi
3. BMW, AUDI atau Kereta mewah yang seangkatan
4. Perodua Alza
5. Perodua Bezza
6. Proton Exora
7. Toyota Camry (hitam)
8. Toyota Vellfire (hitam)
9. Toyota Estima
10. Hyundai Starex
11. Toyota hilux / Ford Ranger / Mitsubishi Triton
12. Toyota hiace
13. Untuk jenis kereta lain juga boleh diushakan.

BERMINAT ?

Boleh contact saya

Ranggo / Rahim
0172634914