Perkhidmatan Terbaik di Kelantan!

Kereta Baru, Bersih Dan Mantap!

Perodua MYVI 1.5 Gear UP Baharu

Pilihan Terlaris diminati ramai. Juga terdapat model lain seperti Axia, Saga, Bezza dan Alza

Pelbagai pilihan Kenderaan Mewah

Toyota Vellfire, Hyndai Starex, Toyota Estima, Volkswagen Golf

Kenderaan untuk Majlis Kenduri, Perkahwinan dan VVIP

Besar dan boleh Muat Ramai. Perkhidmatan bertaraf 5 Bintang. Toyota Hiace, Nissan Urvan, Hyundai Starex dan Pelbagai MPV.

Friday 30 June 2017

Kereta Sewa Tanah Merah



SUSAH DAN PENING NAK CARI KERETA SEWA DI KELANTAN?
.
.
KERETA SEWA TANAH MERAH BOLEH MEMBANTU ANDA DAPATKAN KERETA SEWA DENGAN MUDAH, MURAH DAN TAK MEMENINGKAN KEPALA!


.
================================
KENAPA PERLU PILIH KAMI?
================================
.


Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yg tip top dari segi kondisi kereta, keselesaan, kebersihan, keselamatan dan prestasi kereta yg mantap.
Diantara kelebihan kami adalah:
.
[+] PENGHANTARAN – Team kami boleh menghantar kereta sewa kemana sahaja mengikut lokasi yg diminta oleh pelanggan. Anda tak perlu pening kepala nak cari kami.
.
[+] BERSIH - Kereta dicuci sehingga bersih dan wangi sebelum diserahkan kepada pelanggan. Dijamin anda akan berasa tenang sepanjang pemanduan di Kelantan nanti.
.
[+] MANTAP – Kereta diselenggara mengikut jadual yg ditetapkan.Anda tak perlu risau kereta tiba-tiba breakdown di tepi jalan.
.
[+] SELESA – Team terlatih dengan layanan yg mesra & friendly 😊Pastinya anda tidak akan berasa kekok berurusan dengan kami.
.
[+] PELBAGAI JENIS – Pelbagai model kereta kami sediakan utk pilihan dan keperluan anda. Senang untuk anda rancang penggunaan kenderaan di Kelantan nanti.
.
[+] 24/7 CUSTOMER SERVIS - Sekiranya berlaku juga sebarang perkara yg tidak diingini, anda boleh hubungi call center kami di talian +6016-7507788. Towing 24 jam disediakan.
.
[+] KUPON DISKAUN – Khas utk pelanggan yang setia, kami akan berikan anda KUPON DISKAUN bagi menikmati diskaun hebat utk sewaan yg seterusnya. Lebih banyak penjimatan untuk wang anda.
.


.
BERMINAT UNTUK MENEMPAH?
.
📱Call/Whatsapp 016-750 7788
📱Call/Whatsapp 016-750 7788
📱Call/Whatsapp 016-750 7788
.
p/s: SHARE dan TAG nama rakan anda yang perlukan kereta sewa di KELANTAN di bawah ni untuk bantu mereka yang sedang pening mencari kereta sewa.
.
Kereta Sewa Tanah Merah | Kereta Sewa Kelantan
.
🚗 Kereta Sewa Van Sewa Tanah Merah
📞 0167507788
📺 www.keretasewatanahmerah.com
🏠 Lokasi bersebelahan Shell Belimbing dan Sekolah Belimbing Tanah Merah
🚒 List Kereta dan harga seperti di website Atas
.
#keretasewakelantan
#keretasewamurahkelantan
#vansewakelantan
#vansewamurah

Tips membeli kereta

Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.
Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).
Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.
1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah
Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.
Perodua Axia Harga paling murah : RM 24,000Bulanan : RM240 (9 tahun)
Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang paling berbaloi untuk dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan menjimatkan minyak. Di laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 21.5 km untuk setiap liter minyak. Namun menurut beberapa pengguna Axia, kereta ini bergerak sejauh 17 km - 18 km bagi setiap liter.
Proton Saga Harga paling murah : RM 33,243Bulanan : RM350 (9 tahun)
Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di Malaysia. Kereta ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km - 16 km bagi setiap liter minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta yang mempunyai ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.
2 - Bagi RM2,000 - RM3,000
Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya : 
Perodua Myvi Harga paling murah : RM 40,862Bulanan : RM 419 (9 tahun)
Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini, sudah semestinya kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos 'maintainance'. Selain itu, Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.
Proton Iriz Harga paling murah : RM 41,077Bulanan : RM 446 (9 tahun)
Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari pesaingnya, iaitu Myvi adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ruang dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan minyak, pengguna melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap liter.
Nissan Almera Harga paling murah : RM 64,960Bulanan : RM 667 (9 tahun)
Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta yang banyak dilihat di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini boleh bergerak sejauh 13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis paling tidak menggemari tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. Mungkin Nissan boleh membaikinya pada model seterusnya.
Proton Preve Harga paling murah : RM 55,686Bulanan : RM 579 (9 tahun)
Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton Persona. Namun model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan enjin CVT iaitu teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.
Perodua Alza Harga paling murah : RM 50,702Bulanan : RM 520 (9 tahun)
Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua Alza. Dengan kekuatan enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh 12.5km bagi setiap liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang berkata enjin yang dimasukkan 'tidak padan' dengan kereta ini.
Proton Exora Harga paling murah : RM 53,797Bulanan : RM 558 (9 tahun)
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.
3 - Bagi RM3,000 - RM4,000
Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.
Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah :
Honda City Harga paling murah : RM 74,007Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
Honda City kini menjadi kereta yang paling 'panas' di Malaysia. Ini kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri yang tidak boleh didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti contoh fungsi Push to Start.
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
Mazda 2 (skyactiv) Harga paling murah : RM 85, 470Bulanan : RM 887 (9 tahun)
Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin Skyactiv yang dikatakan sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. Wow. Dan bagi 100 km, kereta ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 10.00). Wow. 
Honda Jazz Harga paling murah : RM 69, 566Bulanan : RM 722
Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta yang disifatkan sangat se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut mempunyai 'resale value' yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan kereta ini boleh bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih jimat berbanding Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 masih lagi menang.
Toyota Vios Harga paling murah : RM72, 459Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa menang dari segi keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan Raja Kereta kerana ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta ini boleh bergerak sejauh 10km untuk seliter minyak.
Suzuki Swift Harga paling murah : RM 65,888Bulanan : RM 684
Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut menjadi pilihan anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang rata-rata gemarkan bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan besar, keluasan dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. Bedasarkan reviu pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap liter.
Nissan Grand Livina Harga paling murah : RM 86,893Bulanan : RM 902
Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa anda. Kini Grand Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain itu, kereta ini juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh kerana menjimatkan minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, sebaliknya. 
Volkswagen Polo (sedan) Harga paling murah : RM 91,888Bulanan : RM 999 (7 tahun)
Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai sedangkan harganya lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini sedang menawarkan 0% interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna pengguna cuma perlu membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk merasai pengalaman memandu sebuah kereta 'continential'.
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli.
**Reviu-reviu dari pengguna diambil dari laman web carbase.my
--------------------------------------------------------------
Nak sewa kereta!!!!
Hubungi
Helpdesk 016 750 7788
Website www.keretasewatanahmerah.com

www.keretasewatanahmerah.com
Kereta Sewa Tanah Merah Kelantan

10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

Rakyat Malaysia agak cerewet dalam memilih kereta. Secara umumnya, model kereta yang paling menjadi pilihan, digemari serta laris dijual biasanya mempunyai ciri-ciri berikut, antaranya adalah...

Ciri-Ciri Kereta Pilihan:
  • Harga mampu milik
  • Praktikal serta mudah digunakan untuk apa jua tujuan oleh semua peringkat usia dan status.
  • Ekonomi iaitu jimat penggunaan bahan api
  • Jenama yang diyakini
  • Kualiti dan reabiliti
  • Mutu servis lepas jualan 
  • Rendah kos maintenance 
  • Harga jualan semula yang tinggi
Berikutan itu, hanya model kereta kategori Segmen A dan B menjadi pilihan yang dapat memenuhi semua ciri-ciri di atas. Manakala harganya pula di bawah RM100K.

Rekabentuk, teknologi, kuasa enjin, eksesori dan tahap keselamatan dilihat hanya hebat menjadi bualan serta kritikan tetapi ianya tidak membawa pengaruh yang besar kepada pilihan ramai pembeli. Ianya hanya mempengaruhi pembeli yang membeli kereta pada harga RM100K ke atas sahaja.

Top 10 Jenama/Pengeluar Kereta Pilihan Malaysia 2016

Sebelum kita lihat senarai Top 10 model kereta yang menjadi pilihan dan digemari rakyat Malaysi, kita lihat statistik jenama/pengeluar kenderaan yang paling laris jualannya di Malaysia pada tahun 2016.
Berikut adalah Top 10 Jenama/Pengeluar Kenderaan yang paling menjadi pilihan serta laris dijual di Malaysia 2016 (carta akan dikemaskini mengikut kepada jumlah jualan dari masa ke semasa)

Rank 2016
Jenama
Jumlah Jualan (2016)
1
Perodua
207,110
2
Honda
91,830
3
Proton
72,290
4
Toyota
63,757
5
Nissan
40,706
6
Isuzu
12,818
7
Mazda
12,493
8
Mercedes Benz
12,017
9
Mitsubishi
9,395
10
BMW
9,000
Untuk laporan penuh data jumlah jualan kereta di Malaysia 2016, sila ke link berikut: 2016 Malaysia Vehicle Sales Data

Jelas sekali Perodua begitu unggul menguasai pasaran kereta baru di Malaysia. Honda pula semakin mendapat tempat dihati pengguna sehingga berjaya memintas Proton untuk berada ditempat kedua.

Jumlah jualan kereta mewah Mercedes Benz dan BMW pula sangat memberangsangkan... Adakah ini bermakna semakin ramai orang kaya di Malaysia?

Top 10 Model Kereta Pilihan Malaysia 2016

Berikut adalah senarai Top 10 model kereta pilihan rakyat Malaysia 2016. Ianya berdasarkan kepada jualan, populariti dan pandangan peribadi BM mengikut perkembangan dan pasaran industri automotf negara 2016.

10. Nissan Almera
Ini adalah bukti nyata bahawa rupabentuk kereta bukan faktor penentu kepada pilihan pembeli. Nissan Almera membawa perspektif baru dalam penilaian sesebuah model kereta. Apakah kehebatan kereta ini sehingga layak berada di Top 10? Jawapannya mudah... Anda perlu mencuba dan nilaikannya sendiri!

Nissan Almera - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

9. Toyota Vios
Generasi ke-3 Toyota Vios ini agak gagal buat Toyota kerana ianya tewas kepada Honda City sebagai model bukan tempatan yang paling menjadi pilihan. Mungkin kerana rakyat Malaysia menilai lebih terperinci akan model kereta bukan tempatan dan Toyota Vios generasi ketiga ini tiada kelebihan atau peningkatan ketara di mana hanya pertukaran bentuk luaran sahaja umpama menyalin kulit.

Toyota Vios - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

8. Proton Persona
Proton Persona baru ini telah menenggelamkan model Iriz (Persona baru adalah versi Iriz sedan) dan ianya menjadi pilihan terkini rakyat Malaysia bagi sebuah model kereta sedan yang seronok untuk dipandu dan selesa untuk penumpang.

Proton Persona - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

7. Honda HR-V
Wow! Sungguh hebat fenomena SUV kompak ini sehingga tersenarai dalam Top 10! Honda HR-V menjadi pilihan rakyat Malaysia yang semakin berubah kepada gaya kehidupan lebih urban. interaktif dan aktif, maka Honda HR-V adalah model kereta yang paling sesuai dan tepat untuk generasi masa kini.

Honda HRV - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

6. Perodua Myvi
Model kereta yang pernah menjadi pilihan no. 1 rakyat Malaysia sebelum kemunculan Axia ini tetap tersenarai dalam carta Top 10. Ianya kekal relaven dan hanya menanti masa untuk melonjak semula apabila model Generasi ke-3 Myvi bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Perodua Myvi - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

5. Honda City
Honda City generasi ke empat ini mendominasi pilihan rakyat Malaysia 2016 bagi model kereta bukan Nasional yang selama ini dikuasai oleh Toyota Vios. Kejayaan Honda City ini dicapai melalui peningkatan serta penawaran produk yang berbaloi dengan harga.

Honda City - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

4. Perodua Bezza
Walaupun hanya dilancarkan pada bulan Julai 2016, model Perodua Bezza mendapat sambutan yang sangat hebat sehingga menjadi model kereta pilihan terhangat di Malaysia! Ianya merupakan versi Axia sedan bagi mereka yang memerlukan lebih ruang bagasi. Bezza adalah model kereta sedan pertama Perodua yang berjaya mengukuhkan penguasaannya di pasaran negara ini.

Perodua Bezza - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

3. Perodua Alza
MPV saiz sederhana ini menjadi pilihan apabila tidak memilih kereta sedan. Ianya praktikal untuk sebuah keluarga yang kecil dan sederhana besar. Maka tidak hairanlah Perodua Alza masih berjaya tersenarai dalam top 3 model kereta pilihan rakyat Malaysia walaupun ianya sudah lebih 5 tahun berada dipasaran.

Perodua Alza - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

2. Proton Saga
Kereta sedan paling murah di Malaysia ini terus kekal menjadi antara kereta pilihan ramai. Model ikon yang sangat penting buat Proton dalam meneruskan survival serta penguasaan pasaran di negara ini. Model baru Proton Saga R akan meneruskan kesinambungan namun kali ini ia terpaksa bersaing hebat dengan Perodua Bezza.

Proton Saga - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

1. Perodua Axia
Tidak dapat disangkal lagi ianya milik Perodua Axia kerana Axia memenuhi hampir kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk dinobatkan sebagai model kereta no. 1 pilihan rakyat Malaysia 2016.

Perodua Axia - 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016

Pilihan Ditangan Anda

Pilihan rakyat Malaysia tidak semestinya adalah pilihan anda. Pastinya model kereta pilihan kita semua adalah sebuah kereta mewah namun disebabkan harga yang mahal maka terpaksalah pilih mengikut kemampuan.

Harga menjadi penentu yang muktamad bagi majoriti rakyat Malaysia apabila membeli sesebuah kereta. Maka model kereta pilihan rakyat Malaysia ini sebenarnya adalah pilihan terpaksa yang bukan dibeli atas dasar minat atau kerana ciri-ciri keistimewaannya tetapi mengikut kemampuan dan kegunaannya.

Disebabkan itulah juga kenapa model kereta yang tersenarai dalam Top 10 Model Kereta Pilihan Rakyat Malaysia 2016 ini didominasi oleh kereta keluaran tempatan. Apa pun model kereta pilihan anda, hanya anda yang tahu kenapa ianya menjadi pilihan...

Monday 12 June 2017

Senarai Kereta Dan Harga


Kereta Sewa Tanah Merah

KERETA SEWA KELANTAN - Kereta Sewa Tanah Merah

Syarikat kami mempunyai pelbagai jenis kereta untuk disewakan pada yang memerlukan kereta sewa di Tanah Merah dan Pasir Mas  Kelantan. Kami juga membuat penghantaran Kereta sewa di airport Kota Bharu  dan juga menghantar kereta sewa sekitar hotel di KB Kelantan.

Apa Yang Menarik?

  • Harga yang berpatutan
  • Kereta yang baru & bersih sahaja digunakan
  • Untuk Aduan sebarang masaalah Call 016-7507788 / 016 750 7788/ +60167507788



    Model Kereta Kelas Harian
    (RM)
    Minggu
    (RM)
    Bulan
    (RM)
    Tempah
    Sekarang!
    Sewa Kereta Produa Viva (Auto) Produa Viva (A) A 110 600 1500
    Sewa Kereta Volkswagen Golf(Both) Volkswagen Golf TSI (A) C 450 3000 6500
    Sewa Kereta Produa Axia (Auto) Produa Axia (A) A 120 650 1800
    Sewa Kereta Produa Axia SE (Auto) Produa Axia SE (A) A 130 7000 1900
    Sewa Kereta Proton Saga (Auto) Proton Saga FLX (A) A 140 700 1900
    Sewa Kereta Perodua Myvi (Auto) Produa Myvi (A) A 130 700 1900
    Sewa Kereta Perodua Myvi (Auto) Produa Myvi X (A) A 140 750 1980
    Sewa Kereta Perodua Myvi (Auto) Produa Myvi SE 1.5 (A) A 150 800 2000
    Sewa Kereta Perodua Myvi (Auto) Produa Bezza Advance (A) A 150 800 2000
    Sewa Kereta Peodua Alza (Auto) Produa Alza (A) B 180 1100 2500
    Sewa Kereta Peodua Almera (Auto) Nissan Almera (A) B 200 1100 2700
    Sewa Kereta Hyundai Starex Royale Hyundai Starex Royale (A) C 600 3600 7000
    Toyota Vellfire Toyota Vellfire (A) C 800 4500 9000
    Sewa Kereta Proton Exora CFE Bold (Auto) Exora CFE Bold (A) B 250 1300 3000
    Sewa Kereta Ford Spectron Ford Spectron (A) B 180 1100 2500
    Sewa Kereta Nissan Urvan (Manual) Nissan Urvan (M) B 350 2500 5000
    Sewa Kereta Toyota Hiace (Manual) Toyota Hiace (M) B 350 2500 5000

    KERETA SEWA KELANTAN - Kereta Sewa Tanah Merah

    Kami menyediakan perkhidmatan sewaan kereta di sekitar Kelantan terutama di Tanah Merah dan Pasir Mas.
    Semua kereta kami adalah BARU,AUTO


    Salinan dokumen yang diperlukan untuk sewaan :

    1. Salinan IC penyewa
    2. Salinan LESEN penyewa
    3. Salinan BIL UTILITI ( elektrik/astro/telefon atau sebagainya )
    4 . Salinan KAD MATRIK ( untuk pelajar )

    * DEPOSIT SEWAAN diperlukan ( bergantung kepada bilangan hari dan model )

    Sila LIKE FB page kami di : Kereta Sewa Van Sewa Machang

    Untuk TEMPAHAN, sila hubungi :

    016 750 7788
    016 7507788
    0167507788
    Website : www.keretasewatanahmerah.com

    Model Kereta untuk disewakan: 
    PERODUA VIVA,AXIA,MYVI,BEZZA
    PROTON EXORA BOLD, ALZA
    TOYOTA VIOS, VELLFIRE
    NISSAN URVAN, TOYOTA HIACE

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Our chauffeur service offered as below rates.

    Car Model
    Daily Rates (RM)
    Hyundai Starex (Luxury 11 Seater)
    1000
    Perodua Alza (MPV 7 Seater)
    500
    Ford Transit (VAN  14 Seater)
    850
    Nissan Urvan (VAN 12 Seater)
    700
    Toyota Hiace (VAN 10 Seater)
    700
    Toyota Vellfire - Luxury MPV
    1200
    Toyota Estima - Luxury MPV
    1000

    Term And Conditions

    • The price include Petrol and Toll
    • Fuel are included
    • Booking must be made 1 week earlier
    For booking you can directly contact  +6 016 750 7788 (call/whatsapp)

    A chauffeur is a person employed to drive a passenger motor vehicle, especially a luxury vehicle such as a large sedan or limousine.

    Originally, such drivers were often personal employees of the vehicle owner, but now in many cases specialist chauffeur service companies or individual drivers provide both driver and vehicle for hire, although there are service companies that just provide the driver.

    Tempahan


    Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi
    Fiq +6016 750 7788
    Yie / Zul +6016 750 8833
    tel:016 750 7788
    atau boleh whatsapp direct 
    👇🏻👇🏻👇🏻
    http://keretasewatanahmerah.wasap.my

    Format SMS:

    Nama:
    Ic:
    No. Lesen:
    Alamat:
    Jenis kereta:
    Tarikh ambil:
    Masa ambil:
    Tarikh hantar:
    Masa hantar:
    No phone:
    Email:

    Contoh:

    Nama:
    Yunus bin Khalid
    Ic: 821015115199
    No. Lesen: 764726249724
    Alamat: Kampung Belimbing, 17500 Tanah Merah Kelantan
    Jenis kereta: Axia
    Tarikh ambil: 1/12/2016
    Masa ambil: 0900am
    Tarikh hantar: 2/12/2016
    Masa hantar: 0900pm
    No phone: 016 750 8833
    Email: keretasewatm@gmail.com

    *email jika ada.

    Seterusnya anda boleh Whatsapp/SmS, InsyaAllah kami akan reply segera.